WARNA
- norsuzieana1995
- Dec 3, 2013
- 1 min read
*Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni,warna penggenap dan warna sewarna.
•Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang).
•Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan.
•Warna sewarna pula ialah hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).
*Mempunyai 2 suhu warna iaitu warna panas dan warna sejuk.
•Warna panas ialah warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb).
•Warna sejuk ialah warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang.
WARNA HARMONI

WARNA PENGGENAP

WARNA SEWARNA

WARNA PANAS & SEJUK

Comments